Friday, August 11, 2017

kerja elektrik (2) : faktor kepelbagaian

hello semua, selamat petang...

Jadual Faktor Kepelbagaian

jadual faktor kepelbagaian ini adalah faktor kelonggaran yang dibenarkan bagi satu-satu sistem elektrik itu terutamanya pada saiz / dia. bahan pengalir, pengasingan dan bahan perlindungan. 

aku ada jumpa satu blog elektrik yang bagus. siap ada menjual rujukan berkenaan dengan elektrikal lagi.

jemput sesiapa yang berminat untuk semak pautan ini :- MYELECTINFO

sekian saja. 

wasallamu.

Wednesday, August 9, 2017

kerja elektrik (1) : voltan nominal

hello semua, selamat petang...

sejak-sejak ni, aku sibuk belajar elektrikal. berikutan syarikat Lokman mendapat beberapa kerja elektrikal untuk hujung tahun lepas, tapi disebabkan ada apa keraguan. kapasiti sebagai subkontraktor dah macam tak sesuai. sehinggakan aku pulak nak kena telek semuanya satu persatu. 

aku selalu takda give up lah. segala material dan bahan penulisan aku ni sebenarnya Lokman yang dah kira dahulu. dia cuma minta aku semak, dan tulis dengan kemas-kemas. 

jadi, bila satu-satu perkara aku tak tau ni, memang aku belek internet. ada banyak juga blogger electrical yang menulis blogpost yang boleh membantu aku dalam menyelesaikan hal ni. tapi kebanyakannya dah tak berapa aktif menulis.

yang ni aku nak kongsi, petikan daripada laman sesawang SST :- Voltan Nominal yang banyak juga berkongsi tentang akta-akta melibatkan standard dan undang-undang elektrikal.

selalunya nilai voltan nominal ni tetap. 
Adalah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Tenaga (ST) telah bersetuju untuk menetapkan pemakaian standard MS IEC 60038:2006 – IEC standard voltages sebagai voltan nominal bagi sistem bekalan voltan rendah yang baru di Malaysia iaitu 230/400V dengan julat +10% dan -6% pada frekuensi 50 Hz dengan julat ± 1%, menggantikan voltan bekalan sediada iaitu 240/415V dengan julat +5% dan -10% pada frekuensi yang sama.
Pemakaian standard MS IEC 60038:2006 – IEC standard voltages ini berkuatkuasa mulai 01 Januari 2008.
ok. jom sambung buat kerja.

wasallam.


Sunday, July 2, 2017

cerita kosong (1) : hati kering

hello semua, selamat malam...

beberapa siri cerita masih belum dapat menghabiskan apa yang berlaku dua tiga bulan ini. entah tak tahu mana harus bermula. 

elok juga. aku tidak bermula untuk menulis di sini. kerana sebelum menulis, aku perlu fasih sekaliannya.

perniagaan ini ada pasang dan surut kan?

tapi di masa-masa surut, perlulah kita tetapkan iman kita. pendirian kita untuk mendapatkan dan menyatakan sesuatu.

ia bermakna kebenaran. 

bak kata orang kat tapak ialah Hati Kering.

pape hal der, keringkan je la hati. barulah jadi kontraktor berjaya.

orang cakaplah. 

pembuktian aku belom nampak lagi. 

last but not least, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN. 

okbai.