Tuesday, November 8, 2016

bahasa buku vs cakap tapak (3) : circular hollow section (CHS) vs paip

hello semua, selamat tengah hari...

sekitar awal tahun ini, Lokman dan aku membesarkan sedikit ruang stor di belakang rumah dengan menggunakan lebih-lebihan bahan yang kami kumpul sejak tahun 2012 lagi. 

antaranya ialah; blok konkrit ringan, simen gam, besi sudut, besi bulat, besi petak, simen portland dan pasir. membolehkan Lokman membina secara berseorangan, berdua atau maksimum empat orang. 

apabila dua orang teknikal ingin menyediakan rumah / stor sendiri kita selalunya ambil pendekatan untuk menjadi seorang kedekut. semua nak jimat dan pakai apa yang ada. 

selalu Lokman akan masuk dan berbincang dengan aku. aku sebagai designer marhean mesti taknak kalah memberi idea bernas ya tak.

Lokman : sayang, batu si Daud ni boleh tahan berapa meter dari aras tanah?

soal Lokman jitu. sebenarnya aku pun tak tahu jawapannya. 

Aku : so far, yang pernah kita buat 3.00 meter pun ok. tapi kalau batu 100 (mm) kita salunya dengan pakai konsep rangka. takleh pakai konsep load-bearing wall*

Lokman angguk paham.

Lokman : kalau macam tu nanti abang guna paip besi je lah. jadi selipar. boleh?

aku dahi berkerut. 

Aku : kita tak paham abang cakap apa.

Lokman : lah belajar tinggi-tinggi paip tak tau, selipar tak tau?

aku geleng di saat Lokman dah tinggi suara. 

Lokman : paip besi yang bulat tu lah. besi bentuk bulat orang panggil paip.

terang Lokman lagi. tapi aku membayangkan; paip mesti saiznya 1 inch (25mm) ke bawah. 

Aku : tapi berapa saiz paip yang abang nak jadikan selipar?

Lokman : 6 inch (150mm)

Aku : besarnya paip. tu bukan paip la tu circular hollow section (chs).

aku ambil buku dan tunjukkan pada dia.

Lokman : suka aku la panggil apa. aku cakap kat orang lain semua paham. tang ko pulak tak paham.

hahaha.

ujar Lokman sambil berlalu dan meneruskan kerja. 

kbai. 

p.s : *load-bearing wall tu ialah binaan batu yang menggunakan batu tersebut sebagai struktur utama yang menanggung beban bangunan. 




Friday, November 4, 2016

bahasa buku vs cakap tapak (2) : garisan potongan V & potong tembikai

hello semua, selamat petang....

sekitar Disember 2010, Wisma Teamcoat

perjumpaan pagi dengan Ncik Bos Botak berjalan seperti biasa. perbincangan adalah berkisarkan projek semasa. kerja-kerja membaiki keretakan lantai. tak silapnya untuk projek membaiki bangunan terbakar di SMK Bedong, Kedah Darul Aman. 

Laura, masih baru. baru sahaja dua (2) bulan diterima bekerja setelah menamatkan Ijazah Sarjana Muda. senang cerita, masih blur. 

semasa perbincangan itu, Ncik Bos Botak meminta supaya 'purchase order' dikeluarkan kepada pembekal bahan binaan tersebut. masa tu, jenama Fosroc tak silap. 

kemudian, sebagai seorang ketua yang memahami tahap blur seorang pekerja baru Ncik Bos Botak meminta aku mengeluarkan lukisan pembinaan dan 'method statement' kerja-kerja membaiki keretakan lantai tersebut. 

Ncik Bos Botak menggunakan istilah-istilah seperti backer rod, expansion joint and another thing v-groove line. memotong lantai tersebut dengan menggunakan v-groove cutting. 

aku masih blur. kembali ke tempat duduk, aku bertemu Shida. site supervisor kegemaran aku di Teamcoat. 

Aku : Shida, aku pening. 

Shida : apesal?

Aku : v-groove line tu macam mana?

sambil menunjukkan kertas nota yang Ncik Bos Botak lukis untuk aku. Shida ketawa. memang Shida lebih berpengalaman dari aku masa tu makan 2 tahun lebih. walaupun aku seorang jurutera; banyak juga ilmu dari dia. 

Shida : la, itu pun tak tau. senang je, ko ambil grinder yang crack sana, crack sini ko potong cantik-cantik bentuk V satu baris. sebab tu la nama dia v-groove line. yang macam bos ko lukis tu. lepas tu letak backer rod. lepas tu tampal. 

Aku : aku nak buat 'method statement' lah. 

Shida : yang tu aku tak tau. 

ujar Shida melawak sambil beredar meneruskan kerja. 

sekitar Ogos 2016, bengkel Lokman Construction

sekitar bulan Ogos yang lepas, Lokman mengambil upah bagi kerja-kerja memotong pokok kepala bagi Tenaga Nasional Berhad. lokasi memotong tersebut adalah di Jalan Persekutuan Assam Jawa - Kapar. 

kami dibekalkan oleh Mr Raju dua bilah mesin 'chain-saw'. Lokman dan Chok hanya ditugaskan untuk memotong pokok kelapa dengan bantuan 'skylift' untuk memegang. 

daun kelapa dan lain-lain sampah daun diuruskan oleh team Mr. Raju. 

masa tu nasib Lokman tak baik, terseliuh usai 10 pokok ditebang dan terpaksa pulang. tak boleh nak meneruskan kerja. 

disebabkan rasa hormat dengan Lokman, Mr Raju pun datang melawat bersama-sama Uncle; seorang pemegang bendera sewaktu operasi Traffic Management Control dijalankan. 

Lokman : ada okey ke uncle, saya potong pokok semalam?

Lokman bertanya berbahasa-basi. 

Uncle : you okey, tapi kawan you tu kasi tunjuk sikit ya. potong pokok kelapa mau senang you kena potong tembikai. 

aku yang mendengar perbualan dari tadi dah berkerut dahi. 

Aku : potong tembikai macam mana bang?

Uncle ketawa. 

Uncle : itu potong macam tembikai itu la amoi. kasi buat V sikit kat pokok. bila sudah bentuk V barulah senang nak potong. 

aku turut ketawa. setelah sekian lama baru aku teringat. V-groove Line cutting. 


Contoh Garisan Potongan V atau Potong Tembikai



sampai sini dulu. kbai. 

bahasa buku vs cakap tapak (1) : perbezaan istilah di mana-mana

hello semua, selamat petang...

nama aku Mastura. personaliti aku di alam maya berkenaan dengan kerja kejuruteraan ialah Laura. aku mengambil Lokman punya aura untuk menjadi lebih tabah bila bergelar perempuan yang bekerja dalam industri ini. 

kepakaran aku adalah menyediakan kertas cadangan kejuruteraan yang terbaik mengikut kehendak pelanggan. aku agak 'detail' tak bertempat untuk perkara-perkara yang kecil seperti salah ejaan dan tak ikut skala dan penggunaan istilah dengan betul. bagi Laura penggunaan istilah yang betul adalah strategi pemasaran yang terbaik. 

berbeza dengan Lokman; dia adalah pekerja yang mahir di tapak terutamanya dalam bidang kimpalan. suka sangat mengimpal sana, mengimpal sini. Lokman suka kan ilmu pertukangan sampaikan kalau dia tak berapa mahir dia akan praktis dan cari jalan untuk selesaikan dengan sempurna. 'handy man' yang bila bagi boleh harapkan terus jadi tapi jangan bagi tekanan yang melampau. mungkin apa yang diharapkan tak menjadi. 

jadi, dua personaliti Lokman dan Laura bergabung selalunya akan bercakaran bab-bab idea perlaksanaan kerja kejuruteraan. dua-dua rasa sendiri bagus dan nak menang. 

perbezaan istilah kerja antara tukang dan jurutera memang sering terjadi. tapi bezanya dengan yang lain ialah kami suami-isteri. 

jadi Laura ambil kesempatan ini untuk berkongsi cerita tentang perbezaan istilah ini. 

moga jadi cerita hiburan untuk rakan-rakan semua. 

sekian. terima kasih.

kbai. 


Wednesday, July 13, 2016

ujikaji konkrit (2) : ujikaji penerasan (coring test)

hello semua, selamat tengah hari...

penerasan atau tebukan pada konkrit kadangkala diperlukan dalam sesuatu proses pembinaan. tebukan atau penerasan konkrit dilakukan pada struktur konkrit yang matang adalah untuk : 
(1) ujikaji mampatan konkrit di makmal bagi mendapatkan kekuatan sebenar konkrit
(2) tebukan papak konkrit untuk penyambung sistem perpaipan bagi kerja-kerja penyelenggaraan bangunan sedia ada. 

tengah usha-usha youtube. macam mana cara mudah dan alat ringkas nak core solid wall. mat salleh ada guna drill bit je. tapi taktau la sesuai ke tak untuk konkrit. kena bincang-bincang dengan orang yang mahir lepas ni. 

jom, tengok video bawah ni : 



tu je nak kongsi. tengok macam mudah je. huhu.

kbai. 



automotif (1) : pengagih elektronik (electronic distributor)

hello semua, selamat tengah hari...

kereta kancil 660 cc aku dah usia hampir 10 tahun. banyaklah ragamnya. antaranya ialah bila naik bukit dah tak berapa nak laju.

Lokman suspect pasal distributor. jadi masa ada duit sikit itu hari, beli distributor elektronik jenama JEP. JEP Assy Distributor. semua penerangan kat kotak dalam bahasa Jepun. macam mana nak baca ye tak. haha. 

sekarang, cerita pasal distributor dah takde yang platinum. maksud aku yang beli baru la. nak tak nak, takde pilihan kita nak tukar kita beli je la yang elektronik. 

boleh juga baiki yang lama. jika platinum distributor ada problem nanti pomen akan suggest tukar or baiki contact point. tapi Lokman cakap untuk kereta aku tu elok diganti baru je.

penyambungan bagi distributor platinum dan distributor electronic ni berbeza pada bahagian pendawaian elektriknya. 

jadi, entri ni ditulis adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada blog-blog dan forum-forum macam link kat bawah ni : 

(1) al-kisah (ian088) - electronic distributor ignitor

(2) sioloonfunclub - contact point tukar pi CDI

dengan refer pada pautan-pautan kat atas, akhirnya kita dah faham la cara penyambungannya. 

thanks. 

kbai. 




Saturday, July 9, 2016

selamat hari raya aidilfitri

hello semua, selamat petang...

selamat hari aidilfitri kepada muslimin dan muslimat di seluruh Malaysia. 

mohon maaf luhur dari zahir dan batin. 

kepada sesiapa yang mengenali Lokman dan Laura, terima kasih atas kerjasama dan peluang yang kalian berikan.

semoga Syawal ini menjalinkan hubungan kekeluargaan jauh dan terpisah. mendekatkan yang jauh dan menggantikan tangisan dengan senyuman. 

amin. 

Saturday, April 16, 2016

ujikaji konkrit (1) : ujikaji tukul pantulan / rebound hammer

hello semua, selamat petang...

ujikaji tukul pantulan ialah salah satu ujikaji tanpa musnah yang digunapakai untuk mendapatkan gambaran awalan bagi kekuatan sesuatu struktur tersebut. 

secara amya, ujikaji ini dijalankan pada sesuatu struktur yang telah rosak atau musnah dengan pelbagai punca bencana seperti kebakaran, hakisan dan lain-lain bagi sesuatu struktur konkrit. 



Alatan Rebound Hammer Digital

tu je berkongsi. kbai.

p.s : Laura tolong sediakan report lengkap struktur menggunakan Rebound Hammer untuk company Structure Rehabilitation Consultant




Sunday, April 3, 2016

rumah kabin (3) : ringkasan langkah pembinaan

hello semua, selamat malam....

ini adalah sumber dan ringkasan dari Pinterest. perkongsian untuk anda semua. 




Bagaimana untuk Membina Rumah Kabin Kapal Anda





Langkah Pertama : Sediakan Pelan yang Lengkap



Langkah Kedua : Cari Kabin yang Sesuai dan Murah



Langkah Ketiga : Sediakan Asas Tapak mengikut Pandangan Jurutera



Langkah 4 : Pasang Tingkap, Pintu dan Bumbung Jernih



Langkah 5 : Sediakan Partition untuk Ruang Dalaman




Langkah 6 : Periksa dan Sedia untuk Tinggal









selepas ini akan lebih banyak perkongsian. insya-Allah.

kbai.




Thursday, March 24, 2016

kombinasi warna ruang (2) : tiga warna terbaik untuk dijual

hello semua, selamat tengah hari...

sesiapa yang berhasrat untuk membaikpulih rumah untuk tujuan dijual pada orang lain, berikut adalah warna-warna cadangan yang boleh digunakan bagi menarik minat pembeli terhadap rumah kita. 

warna-warna yang dinyatakan ini juga akan memberikan impak ruang yang selesa, bentuk yang sesuai serta mood yang baik dan boleh diadaptasi dalam semua ruang rumah kita. 

Warna Satu : Putih Maritim 

Gambaran Warna Putih Maritim

secara am, warna putih memberi impak ruang yang luas. putih maritim merupakan satu tona putih kekuningan. ia boleh dipadankan dengan hiasan dalam berwarna cahaya seperti jingga dan kuning. warna putih maritim sesuai digayakan untuk kesekian rumah bilik kecuali bilik yang gelap kerana warna ini akan tenggelam dalam bayang-bayang.

Warna Dua : Perang Cair (Pastel)

Gambaran Warna Perang Cair
selain daripada warna putih, warna perang juga sesuai dijadikan warna untuk dijual. ia memberi impak natural dan semulajadi. ia sesuai digayakan dengan apa jua konsep rumah daripada konsep ekslusif, minimalis, pantai, natural dan lain-lain konsep hiasan dalaman tanpa perlu dicat semula oleh penghuni rumah yang baru itu.


Warna 3 : Hijau Aqua

Gambaran Warna Hijau Aqua

warna hijau aqua menjadi trend pada masa kini. ia adalah warna-warna pantai yang boleh disuaipadakan dengan warna-warna natural. kebanyakan ruang bilik mandi adalah sesuai digayakan dengan warna ini. bilik tidur dengan gaya moden juga boleh diambil kira dalam menggayakan warna ini. untuk ruang tamu dan dapur, boleh cuba warna ini untuk permaidani dan table top. kelebihan warna ini juga ialah ia sesuai dicat pada struktur kayu bagi mewujudkan warna Inggeris yang klasik paras kayu.

tu je perkongsian untuk hari ini.

kbai.

p.s : harap Laura istiqamah update blog sebab, tablet kong. 

Monday, February 1, 2016

ilmu sebutharga (1) : upah mengisi sebutharga

hello semua, selamat tengah hari...

sebutharga yang baik adalah sebutharga yang memberi penjelasan dan penerangan yang jelas mengikut kemajuan dan langkah kerja terperinci. 

jadi selain daripada kemahiran dalam pengetahuan terhadap harga-harga di pasaran, sense kejuruteraan dan prosedur kerja juga menjadi rencah utama dalam menghasilkan sebut harga yang baik. 

sebelum mengeluarkan sesuatu sebutharga atau memasuki sesuatu harga dalam tender, lawatan tapak adalah diperlukan bagi mendapatkan gambaran terutamanya dari segi dimensi, keluasan dan keadaan persekitaran tapak bina. 

lawatan tapak juga akan membantu kita sedikit dan sebanyak nilaian kos mesin, kos pengangkutan dan kos penyimpanan barang-barang yang merupakan parameter yang varies dan pelbagai. 

jadi, pihak kami dengan ini mengeluarkan beberapa perkhidmatan mengisi sebutharga dan tender bagi Kontraktor Kelas F atau G1 sahaja. 

satu naskah sebutharga akan diisi dengan nilaian upah empat puluh ringgit malaysia sahaja. 

kbai.

p.s :
1. Hubungi atau Whatapss Lokman (017-247 3809) untuk perkhidmatan di sekitar Selangor.
2. Emel pada syarikatlokmanconstruction@gmail.com untuk lain-lain berkaitan

Friday, January 29, 2016

mekanikal (1) : portable fire extinguisher

hello semua, selamat tengah hari...

sedang mencari makluman berkenaan dengan alat pemadam api untuk dilampirkan bersama-sama dengan submission drawing kepada pihak BOMBA. 

ada member ajar aku. kalau tak, aku pun tak berapa nak mahir. thanks kepada Din sebab ajar aku sikit-sikit pasal fire fighting ini. 


Carta untuk Kelas Pemadam Api

kelas pemadam api terdiri daripada A, B, C dan K. ia bergantung kepada jenis bahan terbakar. contohnya bahan jenis A adalah bahan pepejal seperti kayu, kertas dan kain. dan ia adalah punca utama kebakaran.

kemudian diikuti dengan kelas B yang terdiri daripada jenis cecair dan jenis gas. kelas C adalah berkaitan dengan kelengkapan elektrikal seperti sistem penyambungan wayar.

kelas D pulak berkenaan dengan bahan besi yang mudah terbakar. kelas K boleh dikategorikan sebagai punca kebakaran pasif iaitu bahan memasak seperti minyak dan lemak masakan. 

oh, macam bagi intro bagi ceramah kebakaran pulak. 

saja kongsi ilmu. 

kbai. 

p.s : 
(1) portable dry powder jenis CO2 yang dibekalkan kebiasaannya perlu ada ABC. 
(2) kalau nak tengok-tengok dry powder dan lain-lain alat cegah kebakaran boleh la usha website (UniqueFire)

Wednesday, January 27, 2016

rumah kabin (2) : bahan penebat mesra alam

hello semua, selamat petang...

apa yang penting dalam mencipta dinding bagi sesuatu rumah kabin adalah bahan penebat yang digunakan. pemilihan ini juga bergantung kepada jenis cuaca atau suhu di sesuatu kawasan.

secara am, terdapat 3 jenis bahan biasa yang boleh dipilih untuk dijadikan bahan penebat bagi sesuatu kabin; iaitu seperti yang dinyatakan seperti berikut.

Bahan Satu : Gentian Kaca Fiber

Gambaran : Gentian Kaca Fiber

gentian kaca fiber merupakan gentian yang sering digunakan pada masa kini. ini adalah kerana gentian ini paling mudah didapati. gentian jenis ini adalah penebat haba yang paling baik kerana ia menyebarkan haba secara minimum, tidak mudah terbakar dan antara gentian yang paling murah untuk didapati. walaubagaimanapun, gentian jenis buatan manusia ini membentuk silikon dan serbuk kaca yang berbahaya kepada kulit dan paru-paru. gentian ini perlu dipasang dengan menggunakan kepakaran serta peralatan keselematan yang sempurna. 

Bahan Dua : Gentian Mineral

Gambaran : Gentian Mineral

gentian mineral merupakan gentian yang terdiri daripada gabungan bulu sangga, basalt dan sedikit kandungan fiber yang terpakai. gentian minerel ini sesuai digunakan bagi sesuatu kawasan yang besar dan digabungkan dengan sebatian fiber (sebagai contoh). walaubagaimanapun, gentian ini adalah tidak tahan api. 

Bahan Tiga : Gentian Selulosa

Gambaran : Gentian Selulosa

gentian selulosa merupakan salah satu bahan gentian yang mesra alam. gentian ini merupakan campuran bahan kitar semula seperti kertas dan card board. gentian ini merupakan gentian yang paling lama menahan kebakaran walaubagaimanapun kepakaran diperlukan untuk dipasangkan dan ia adalah keras daripada gentian fiber. 

itu sahaja perkongsian hari ni. 

kbai. 

Monday, January 25, 2016

kombinasi warna ruang (1) : untuk penggemar latte

hello semua, selamat petang...

hari ni nak kongsi satu template atau "color pallate" yang boleh digunakai dalam kombinasi dan kesepadanan warna bagi lantai, dinding dan siling bagi sesuatu ruang dalaman bangunan, rumah dll. 

bagi aku penggemar latte, aku sukakan kombinasi ni. warna-warna natural yang membolehkan kita suai-padan dengan apa-apa warna pada kemudian hari. 

sumber dari Pinterest

1. warna macchiato 
macchiato merupakan kopi yang terkenal di Itali. warna macchiato boleh digunakan untuk mana-mana sahaja permukaan. Walaubagaimanapun, warna ini disarankan untuk dicat pada permukaan dinding dan kemudiannya digantung dengan pelbagai jenis bingkai lukisan berseni atau gambar keluarga. 

2. warna dark brew 
dark brew merupakan kopi yang kacak dari Perancis. warna ini sesuai dijadikan salah satu "feature wall" kombinasi dengan warna cream. 

3. warna milky foam
Warna tenusu adalah warna utama dan warna asas yang digunakan untuk mengecat dinding. warna tenusu juga merupakan warna yang baik untuk melantai dengan jubin. kombinasi warna tenusu terbaik adalah dengan warna "robin egg-blue" sebagai "feature wall" bagi sesuatu ruang.

Robbin Egg Blue

4. warna extra cream
extra cream boleh dijadikan tona selang-seli dengan warna putih artesian menjadikan bilik tetamu unik, klasik dan menarik. menarik juga tetamu yang datang. 

itu saja perkongsian hari ni. 

kbai.