Pengikut

Ahad, 12 Ogos 2018

kod bidang CIDB (7) : pengkhususan kategori elektrik siri 2

assalammualaikum dan selamat petang...

rakan - rakan boleh rujuk laman sesawang ini untuk panduan lengkap dan maklumat lanjut :-

rujuk juga catatan ini untuk kod bidang pengkhususan bangunan :- 

rujuk juga catatan ini untuk kod bidang pengkhususan kejuruteraan awam :-
kod bidang CIDB (3) : pengkhususan kategori kejuruteraan awam siri 1
kod bidang CIDB (4) : pengkhususan kategori kejuruteraan awam siri 2
kod bidang CIDB (5) : pengkhususan kategori kejuruteraan awam siri 3

rujuk juga catatan ini :-
kod bidang CIDB (7) : pengkhususan kategori elektrik siri 1

sambungan pengkhususan elektrik adalah seperti berikut :-

E18 - Kabel Bawah Tanah Voltan Tinggi sehingga 11 kV
Kerja-kerja pemasangan dan penyenggaraan kabel bawah tanah voltan tinggi sehingga 11kV

E19 - Kabel Bawah Tanah Voltan Tinggi melebihi 11 kV sehingga 33 kV 
kerja-kerja pemasangan dan penyenggaraan kabel bawah tanah voltan tinggi melebihi 11 kV sehingga 33 kV

E20 - Kabel Bawah Tanah Voltan melebihi 33 kV
kerja - kerja pemasangan dan penyenggaraan kabel bawah tanah voltan tinggi melebihi 33 kV

E21 - Talian Atas Voltan Rendah
kerja-kerja pemasangan dan penyenggaraan talian atas voltan rendah

E22 - Talian Atas Voltan Tinggi sehingga 33 kV
kerja-kerja pemasangan dan penyenggaraan kabel talian atas voltan tinggi sehingga 33 kV

E23 - Kabel Talian Atas Voltan Tinggi melebihi 33 kV
kerja-kerja pemasangan dan penyenggaraan kabel talian atas voltan tinggi melebihi 33 kV

E24 - Pemasangan Voltan Tinggi melebihi 11 kV sehingga 33 kV
pemasangan dan penyenggaraan kelengkapan voltan tinggi melebihi 11 kV sehingga 33 kV

E25 - Pemasangan Voltan Tinggi melebihi 33 kV
pemasangan kelengkapan voltan tinggi melebihi 33 kV

E26 - Kerja - kerja Mencantum Kabel Voltan Rendah 1 kV
menjalankan kerja - kerja mencantum kabel di bawah 1 kV

E27 - Kerja - kerja Mencantum Kabel sehingga 11 kV
menjalankan kerja - kerja mencantum kabel sehingga 11 kV

E28 - Kerja - kerja Mencantum Kabel melebihi 11 kV sehingga 33 kV
menjalankan kerja - kerja mencantum kabel melebihi 11 kV sehingga 33 kV

E29 - Kerja - kerja Mencantum Kabel melebihi 33 kV sehingga 66 kV
menjalankan kerja - kerja mencantum kabel melebihi 33 kV sehingga 66 kV

E30 - Kerja - kerja Mencantum Kabel sehingga 132 kV
menjalankan kerja - kerja mencantum kabel sehingga 132 kV

E31 - Kerja - kerja Mencantum Kabel tiada sekatan melebihi 132 kV
menjalankan kerja - kerja mencantum kabel tiada sekatan 132 kV

E32 - Janakuasa Voltan Rendah
pemasangan dan penyenggaraan perkakasan dan peralatan janakuasa voltan rendah tidak melebihi 11 kV.

E33 - Janakuasa Voltan Tinggi sehingga 33 kV
pemasangan dan penyenggaraan perkakasan dan peralatan janakuasa voltan tinggi sehingga 33 kV

E34 - Sistem Solar Fotovolva (Photovoltic) Tersambung Grid yang Berkapasiti sehingga 72 kW
pemasangan sistem solar fotovolta tersambung grid yang berkapasiti sehingga 72 kW

E35 - Sistem Solar Fotovolva (Photovoltic) Tersambung Grid yang Berkapasiti melebihi 72 kW
pemasangan sistem solar fotovolta tersambung grid yang berkapasiti melebihi 72 kW

sekian sahaja. pengkhususan akan disambung pada catatan seterusnya.

wasalam.

p.s : bukan nak promo kod bidang cidb sebagai tujuan asal catatan ini. ada sesetengah tempat kod bidang kehendak adalah tidak menepati dengan skop kerja yang ditawarkan dalam kontrak. semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua.

Jumaat, 10 Ogos 2018

kod bidang CIDB (6) : pengkhususan kategori elektrik siri 1

assalammualaikum dan selamat petang...

rakan - rakan boleh rujuk laman sesawang ini untuk panduan lengkap dan maklumat lanjut :-

rujuk juga catatan ini untuk kod bidang pengkhususan bangunan :- 

rujuk juga catatan ini untuk kod bidang pengkhususan kejuruteraan awam :-
kod bidang CIDB (3) : pengkhususan kategori kejuruteraan awam siri 1
kod bidang CIDB (4) : pengkhususan kategori kejuruteraan awam siri 2
kod bidang CIDB (5) : pengkhususan kategori kejuruteraan awam siri 3

pengkhususan kategori elektrik adalah seperti berikut :-

E01 - Sistem Bunyi
kerja - kerja pemasangan dan penyenggaraan sistem siar raya, sistem pandang dengar, sistem persidangan, sistem intercom dan sebagainya.

E02 - Sistem Pengawasan dan Keselamatan
pemasangan dan penyenggaraan sistem kawalan keselamatan, sistem pengawasan, penggeran keselamatan, sistem kad laluan masuk, CCTV, sistem penderia / pengesahan dan sistem penggera pelantar.

E03 - Sistem Automasi Bangunan
pemasangan dan penyenggaraan sistem automasi bangunan, perindustrian dan pemasangan dan penyenggaraan mikro pemproses atau sistem kawalan bangunan berkomputer dan sistem kawalan proses perindustrian.

E04 - Pemasangan Voltan Rendah
kerja-kerja pendawaian am dan penyenggaraan voltan rendah tidak melebihi 1KV dan pendawaian sistem kawalan dan sistem perlindungan kilat.

E05 - Pemasangan Voltan Tinggi sehingga 11KV
pemasangan dan penyenggaraan kelengkapan voltan tinggi sehingga 11KV.

E06 - Sistem Pencahayaan Khas
pemasangan dan penyenggaraan lampu stadium, lampu limpah, lampu high mast sistem laser, lampu pentas, lampu kesan khas, bantuan pandu arah, lampu taman, pencahayaan dalam air, pencahayaan pelantar, pencahayaan loji petrokimia, pencahayaan loji memproses gas, pencahayaan kilang penapis minyak dan sebagainya.

E07 - Sistem Telekomunikasi Dalaman
pemasangan, pengujian dan penyenggaraan kabel telefon, saluran dalaman, sistem komunikasi beradio dan sistem PABX.

E08 - Sistem Telekomunikasi Luaran 
pemasangan, pengujian dan penyenggaraan kabel telekomunikasi bawah tanah, talian atas lurang, dan kabel dalam saluran paip bawah tanah

E09 - Sistem Pemasangan Peralatan Perubatan
pemasangan, pengujian dan penyenggaraan meja dan lampu bilik pembedahan, sistem panggilan jururawat dan pengimejan perubatan

E10 - Sistem Bekalan Kuasa Tanpa Ganguan
pemasangan dan penyenggaraan sistem bekalan kuasa tanpa gangguan

E11 - Kerja Am Elektrik
kerja am elektrik yang tidak melibatkan kerja-kerja elektrik seperti ditakrifkan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan – peraturan Elektrik 1994 termasuk juga pemasangan dan penyenggaraan perkakasan dan peralatan genarating plant tidak melebihi 1KV.

E12 - Papan Tanda Elektrik
pemasangan papan tanda elektrik.

E13 - Sistem Komunikasi Perkhidmatan Rel
pemasangan, pembaikan, membaikpulih dan penyenggaraan sistem persemboyanan dan telekomunikasi perkhidmatan rel

E14 - Kabel Rangkaian Komputer
kerja-kerja pemasangan kabel rangkaian untuk komputer termasuk pembinaan dan pemasangan kelengkapan IT

E15 - Lampu Landasan Lapangan Terbang
pemasangan dan penyenggaraan lampu landasan lapangan terbang. 

E16 - Lampu Jalan dan Lampu Isyarat
pemasangan dan penyenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat.

E17 - Kabel Bawah Tanah Voltan Rendah
Kerja-kerja pemasangan dan penyenggaraan kabel bawah tanah voltan rendah

sekian sahaja. pengkhususan akan disambung pada catatan seterusnya.

wasalam.

p.s : bukan nak promo kod bidang cidb sebagai tujuan asal catatan ini. ada sesetengah tempat kod bidang kehendak adalah tidak menepati dengan skop kerja yang ditawarkan dalam kontrak. semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua.

Rabu, 8 Ogos 2018

kod bidang cidb (5) : kategori pengkhususan kejuruteraan awam 3

assalammualaikum dan selamat malam...

rakan - rakan boleh rujuk laman sesawang ini untuk panduan lengkap dan maklumat lanjut :-

rujuk juga catatan ini untuk kod bidang pengkhususan bangunan :- 

rujuk juga catatan ini :- 
kod bidang CIDB (3) : pengkhususan kategori kejuruteraan awam siri 1
kod bidang CIDB (4) : pengkhususan kategori kejuruteraan awam siri 2

sambungan pengkhususan kategori kejuruteraan awam adalah seperti berikut :-

CE29 - Pemasangan Perancah
kerja - kerja memasang, merombak dan menyelenggara perancah

CE30 - Kerja - kerja Penstabilan Tanah
kerja - kerja penstabilan tanah termasuk memampat, menyah air kepada tanah dengan menambah bahan - bahan kepada tanah bagi memperbaiki kekuatan dan durability tanah untuk tapak pembinaan. skop kerja termasuk penggunaan reinforced earth penyaliran bawah tanah. 

CE31 - Struktur Laluan Kabel Bawah Tanah
kerja - kerja membina struktur laluan kabel bawah tanah termasuk lubang sesalur, peti penyambung, lurang dan lain - lain yang berkaitan bagi pemasangan kabel elektrik, telekomunikasi, penghantaran data, pemancar dan sebagainya. teknik pembinaan samada menggunakan kaedah penggalian, penggerudian (HDD) termasuk pipe jacking atau lain - lain kaedah yang bersesuaian. 

CE32 - Kerja - kerja Penyenggaraan Kejuruteraan Awam
kerja - kerja penyenggaraan kejuruteraan awam

CE33 - Telaga Tiub
pembinaan telaga tiub dan sistem perpaipan untuk bekalan air termasuk kerja - kerja menggerudi.

CE34 - Kerja - kerja Pemasangan Konkrit Pratuang
kerja - kerja pemasangan konkrit pratuang, konkrit bertetulang atau tanpa tulang tuang dahulu untuk rasuk, bebendul jalan, pembetungan dan saliran.

CE35 - Ujian Konkrit
kerja - kerja ujian konkrit yang tidak memberi kesan pada anggota konkrit.

CE36 - Kerja - kerja Tanah
kerja - kerja tanah seperti memotong, menambak, memindah, merata dan mengorek tanah/.

CE37 - Kerja - kerja Serombong Stesen Kuasa
kerja - kerja membuat serombong stesen kuasa dan sebagainya.

CE38 - Penyenggaraan Sistem Pembetungan
kerja - kerja penyenggaraan dan pembaikan sistem pembetungan.

CE39 - Penyenggaraan Sistem Bekalan Air
kerja - kerja penyenggaraan dan pembaikan sistem bekalan air.

CE40 - Kerja - kerja Pengorekan dan Kawalan Hakisan
kerja - kerja kawalan hakisan sungai dan pantai menggunakan seperti gyrone, ban pantai, tembok laut, lapis lindung (revertment), geotube, dan kerja pembaikan pantai seperti nourishment dan sebagainya. kerja - kerja perlindungan muara sungai seperti struktur pemecah ombak (breakwater). skop kerja termasuk pelebaran dan pendalaman sungai.

CE41 - Kerja Membina Takungan Air
kerja - kerja membina kolam untuk tujuan takungan air bagi industri pembinaan.

CE42 - Mengecat Jalan
kerja - kerja mengecat jalan untuk membuat tanda - tanda arah di atas jalan.

CE43 - Perabot Jalan
kerja - kerja membuat pengadang, susur sawar, penanda batuan, penunjuk arah (signage) dan lain - lain komponen perabot jalan.

sekian sahaja. pengkhususan akan disambung pada catatan seterusnya.

wasalam.

p.s : bukan nak promo kod bidang cidb sebagai tujuan asal catatan ini. ada sesetengah tempat kod bidang kehendak adalah tidak menepati dengan skop kerja yang ditawarkan dalam kontrak. semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua.