Selasa, 8 November 2016

bahasa buku vs cakap tapak (3) : circular hollow section (CHS) vs paip

hello semua, selamat tengah hari...

sekitar awal tahun ini, Lokman dan aku membesarkan sedikit ruang stor di belakang rumah dengan menggunakan lebih-lebihan bahan yang kami kumpul sejak tahun 2012 lagi. 

antaranya ialah; blok konkrit ringan, simen gam, besi sudut, besi bulat, besi petak, simen portland dan pasir. membolehkan Lokman membina secara berseorangan, berdua atau maksimum empat orang. 

apabila dua orang teknikal ingin menyediakan rumah / stor sendiri kita selalunya ambil pendekatan untuk menjadi seorang kedekut. semua nak jimat dan pakai apa yang ada. 

selalu Lokman akan masuk dan berbincang dengan aku. aku sebagai designer marhean mesti taknak kalah memberi idea bernas ya tak.

Lokman : sayang, batu si Daud ni boleh tahan berapa meter dari aras tanah?

soal Lokman jitu. sebenarnya aku pun tak tahu jawapannya. 

Aku : so far, yang pernah kita buat 3.00 meter pun ok. tapi kalau batu 100 (mm) kita salunya dengan pakai konsep rangka. takleh pakai konsep load-bearing wall*

Lokman angguk paham.

Lokman : kalau macam tu nanti abang guna paip besi je lah. jadi selipar. boleh?

aku dahi berkerut. 

Aku : kita tak paham abang cakap apa.

Lokman : lah belajar tinggi-tinggi paip tak tau, selipar tak tau?

aku geleng di saat Lokman dah tinggi suara. 

Lokman : paip besi yang bulat tu lah. besi bentuk bulat orang panggil paip.

terang Lokman lagi. tapi aku membayangkan; paip mesti saiznya 1 inch (25mm) ke bawah. 

Aku : tapi berapa saiz paip yang abang nak jadikan selipar?

Lokman : 6 inch (150mm)

Aku : besarnya paip. tu bukan paip la tu circular hollow section (chs).

aku ambil buku dan tunjukkan pada dia.

Lokman : suka aku la panggil apa. aku cakap kat orang lain semua paham. tang ko pulak tak paham.

hahaha.

ujar Lokman sambil berlalu dan meneruskan kerja. 

kbai. 

p.s : *load-bearing wall tu ialah binaan batu yang menggunakan batu tersebut sebagai struktur utama yang menanggung beban bangunan. 




2 ulasan:

  1. Hihi... En Lokman dah senior dgn construction line. Jumpa macam-macam bentuk manusia. Biasa org construction memang guna bahasa mudah faham especially kat site. Tapi kalau yg junior memanglah kena guna bahasa buku.

    Kakak suka blog ini sebab mengimbau pengalaman kakak bekerja di tempat lama kakak di project site dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu.

      kira boleh mengimbau kenangan la kak ye?

      Padam

Sebarang pendapat teknikal adalah sangat dialu-alukan. Terima Kasih