Khamis, 16 April 2015

professional assessment examination (1) : bem workshop

hello semua, selamat petang...

minggu yang lepas, hari Sabtu pagi. aku berkesempatan menghadiri satu kursus yang telah dikelola oleh Board of Engineer Malaysi (BEM) berkenaan dengan Professional Assessment Examination (PAE) yang berlansung di Menara Matrade, Jalan Duta Kuala Lumpur. 

workshop ni simple je. beberapa orang speaker berjawatan Professional Engineer tampil untuk memberi keterangan dan panduan berkenaan dengan prosedur yang perlu dilalui oleh sesiapa Graduate Engineer yang berminat nak menjadi Professional Engineer.


ni die hand-out yang perlu semasa workshop.
tersama color dengan personal file aku plak. hehe

Board of Engineer sekarang ni tengah tour dengan kursus ni tau. mereka; in the team sedang jelajah ke seluruh Malaysia bermula dengan Kuala Lumpur dan berakhir dengan Petaling Jaya.

tujuan macam biase la, memberi pendedahan kepada Graduate Engineer disamping berkongsi pengalaman mereka semasa menjalankan Professional Assessment Examination ni. 

so, sesiapa berminat masih boleh mendaftar. boleh semak Fan Page Facebook "Board of Engineer Malaysia" or klik link ni Board of Engineer Malaysia untuk maklumat lebih lanjut. 

Pilih Gambar ni untuk detail dan pendaftaran 

kesimpulan die dari workshop yang aku hadiri tu ialah, yup Graduate Engineer dialu-alukan untuk mendaftar sebagai Professional Engineer. kite orang muda, mungkin boleh buat satu evolusi untuk kerja-kerja pembinaan di Malaysia kan. siapa tahu?

bersemangat la jugak balik kursus tu aku prepare report bagai. siap buat isi-isi penting dalam buku nota la ape la. 

tapi dah seminggu ni, melemau la pulak. hahaha.

oh, another thing to tell is bayaran workshop ni RM50 je; provide sarapan pagi. sebab setengah hari je kan. dapat 4 CPD point. boleh guna waktu kumpul mana nak ambil assessment nanti. 

ok. tu je nak berkongsi.

minta tunjuk ajar semua, kbai. 

Khamis, 12 Mac 2015

cidb registration (1) : permohonan tidak diluluskan

Hello semua, selamat malam...

Kadang kala tak semua yang kita usahakan berjaya buat kali pertama. Kecewa memang kecewa. Baru nak cuba-cuba masuk tender guna bakat pengurusan diri sendiri.

Pendaftaran CIDB G1 aku gagal. Walaubagaimanapun, i never give up. Lokman nampak kecewa tapi sekarang dia kat Gopeng dan dia kedengaran makin okey.

Aku akan fulfill apa requirement CIDB tu. Lokman pun cakap, kite tetap tukang binaan dan kite terus sampai berjaya. Hehe.

Mak aku pun cakap, usaha tangga kejayaan.

Mintak tunjuk ajar semua, kbai.

Sabtu, 7 Mac 2015

kerja Lokman (1) : tank insulation

Hello semua, selamat tengah hari...

Kali ni aku nak cerita benda yang aku tak berapa nak mahir. Disebabkan dugaan yang mendatang dalam dunia kontraktor ni banyak sangat, Lokman decide untuk kerja. This time bukan bangunan, ubah angin untuk pasang insulation pada tangki di satu kilang somewhere in Gopeng, Perak.

Apa yang aku faham, tank insulation ni ialah satu insulation la kan. Penebat haba yang diperbuat daripada kepingan aluminium yang dalam satu gulung. Then wrap itu tangki, kasi balut cun cun punya. Biar cantik biar kemas.

Selalunya aku baca, tangki yang sensitif pada perubahan suhu or chemical yang perlu direneh secara constant akan dibalut dengan penebat aluminium ni.

Lokman dah masuk hari keempat kat Gopeng. Meh aku share serba sedikit gambar berkenaan dengan kerja-kerja tank insulation ni.

Gambar 1 : kerja-kerja memotong penebat aluminium mengikut saiz
yang ditetapkan 


Gambar 2 : Kerja-kerja memasang scaffolding sebagai pusat kerja
 (work station) mereka bekerja


Gambar 3 : Nampak ada a guy atas scaffolding tu, tengah
me"welding" agaknya, paip-paip yang berkenaan

tu je lah, serba sedikit yang aku tau. nanti kalo Lokman dah balik rumah aku akan tanya die banyak-banyak boleh la aku share dalam ni. 

ok, any query or opinion or mr. whatever boleh drop by kat komen. 

kalo taknak komen boleh je emel kat syarikatlokmanconstruction@gmail.com.

mohon tunjuk ajar semua, kbai.


Rabu, 4 Mac 2015

rumah kabin (1) : rumah kalkin

hello semua, selamat malam...

untuk menarik kembali minat menulis aku, aku mulakan dengan cerita pasal Rumah Kabin. yup, aku ada submit proposal Rumah Pasca-Banjir tu hari melalui Structure Rehabilitation Consultant. antara konsep popular cadangan kebanyakan kontraktor untuk rumah sementara ialah rumah kontena atau nama sedap dipandang sebagai rumah kabin. 

dekat oversea, mereka selalu membuat replika or model rumah ni. arkitek atau designer akan bertanding dalam satu pameran untuk menghasilkan rumah kabin yang paling kreatif. senang cakap macam UTM buat pertandingan jambatan tu la. 

hari ni aku nak ambil konsep dari Adam Kalkin. arkitek daripada New Jersey; merekabentuk rumah kabin terdiri daripada gabungan 12 kontena yang disusun secara dua tingkat. 


memang rumah ni nampak simple. less is always more. simple and practical. 

menggunakan bahan binaan seperti : (1) kontena pasang-siap sebagai bahan binaan utama (2) besi padu atau I-beam sebagai struktur kerangka menggabungkan kontena dan tangga serta membentuk ruang terbuka (3) kaca dan kerangka aluminium untuk tingkap dan pintu (5) bumbung jenis metal-decking. 



ni close-up dalam rumah. (1) ruang makan terletak di tengah-tengah. pintu belakang tu ada beranda buat tempat rilek saje. (2) ruang tamu, or ruang chit-chat (3) meja catur i think (4) ruang hiburan ada rak buku dan televisyen (5) ruang dapur.

bahagian atas pulak lebih privasi. tangga belah kiri adalah bahagian ibu bapa. ada bilik utama, tandas dan ofis. tangga belah kanan adalah bahagian anak-anak. ada dua bilik dan tandas.

aku ada pelan konsep ni kalau ada yang berkenaan.

boleh e-mel cadangan or minat korang pada syarikatlokmanconstruction@gmail.com. 

minta tunjuk ajar semua. kbai, 





Selasa, 3 Mac 2015

Salam Perkenalan (1) : lokmanconstruction.blogspot.com

Hello semua, selamat petang...

Kadang kala sukar nak tengok atau lihat seorang engineer dan tukang menulis. Ini bukan bidang hakiki. Kadang kala aku kena menulis. Menulis untuk berkongsi maklumat berkenaan dengan kejuruteraan dan menimbulkan pemahaman orang ramai.

Sebenarnya aku sendiri takut untuk menulis realiti kerja pembinaan dan pertukangan ni. Tak semuanya indah dalam industri untuk kita banggakan. Waima ape pun, inilah dunia aku dan Lokman. Pembinaan dan pertukangan memang tak dapat dipisahkan. Ke mana hala bidang lagi yang kami boleh pergi, sedangkan ini kebolehan dan keupayaan kami.

Blog ni bukan untuk perniagaan semata-mata, ia lebih kepada hiburan dan perkongsian berkenaan dengan perniagaan pembinaan. Ada juga tips dan perkongsian yang diambil dari internet sebagai rujukan aku.

Lately aku banyak sediakan paperwork. Itulah aku sebagai Jurutera Rekabentuk Sivil di Structure Rehabilitation Consultant.

Lokman sekarang free-lance. Mencari-cari ruang untuk bekerja or mengambil sub-kontrak yang baik.

Blog ini hanya sebuah perkongsian. Enjoy....

Minta tunjuk ajar. Kbai,