Selasa, 8 November 2016

bahasa buku vs cakap tapak (3) : circular hollow section (CHS) vs paip

hello semua, selamat tengah hari...

sekitar awal tahun ini, Lokman dan aku membesarkan sedikit ruang stor di belakang rumah dengan menggunakan lebih-lebihan bahan yang kami kumpul sejak tahun 2012 lagi. 

antaranya ialah; blok konkrit ringan, simen gam, besi sudut, besi bulat, besi petak, simen portland dan pasir. membolehkan Lokman membina secara berseorangan, berdua atau maksimum empat orang. 

apabila dua orang teknikal ingin menyediakan rumah / stor sendiri kita selalunya ambil pendekatan untuk menjadi seorang kedekut. semua nak jimat dan pakai apa yang ada. 

selalu Lokman akan masuk dan berbincang dengan aku. aku sebagai designer marhean mesti taknak kalah memberi idea bernas ya tak.

Lokman : sayang, batu si Daud ni boleh tahan berapa meter dari aras tanah?

soal Lokman jitu. sebenarnya aku pun tak tahu jawapannya. 

Aku : so far, yang pernah kita buat 3.00 meter pun ok. tapi kalau batu 100 (mm) kita salunya dengan pakai konsep rangka. takleh pakai konsep load-bearing wall*

Lokman angguk paham.

Lokman : kalau macam tu nanti abang guna paip besi je lah. jadi selipar. boleh?

aku dahi berkerut. 

Aku : kita tak paham abang cakap apa.

Lokman : lah belajar tinggi-tinggi paip tak tau, selipar tak tau?

aku geleng di saat Lokman dah tinggi suara. 

Lokman : paip besi yang bulat tu lah. besi bentuk bulat orang panggil paip.

terang Lokman lagi. tapi aku membayangkan; paip mesti saiznya 1 inch (25mm) ke bawah. 

Aku : tapi berapa saiz paip yang abang nak jadikan selipar?

Lokman : 6 inch (150mm)

Aku : besarnya paip. tu bukan paip la tu circular hollow section (chs).

aku ambil buku dan tunjukkan pada dia.

Lokman : suka aku la panggil apa. aku cakap kat orang lain semua paham. tang ko pulak tak paham.

hahaha.

ujar Lokman sambil berlalu dan meneruskan kerja. 

kbai. 

p.s : *load-bearing wall tu ialah binaan batu yang menggunakan batu tersebut sebagai struktur utama yang menanggung beban bangunan. 




Jumaat, 4 November 2016

bahasa buku vs cakap tapak (2) : garisan potongan V & potong tembikai

hello semua, selamat petang....

sekitar Disember 2010, Wisma Teamcoat

perjumpaan pagi dengan Ncik Bos Botak berjalan seperti biasa. perbincangan adalah berkisarkan projek semasa. kerja-kerja membaiki keretakan lantai. tak silapnya untuk projek membaiki bangunan terbakar di SMK Bedong, Kedah Darul Aman. 

Laura, masih baru. baru sahaja dua (2) bulan diterima bekerja setelah menamatkan Ijazah Sarjana Muda. senang cerita, masih blur. 

semasa perbincangan itu, Ncik Bos Botak meminta supaya 'purchase order' dikeluarkan kepada pembekal bahan binaan tersebut. masa tu, jenama Fosroc tak silap. 

kemudian, sebagai seorang ketua yang memahami tahap blur seorang pekerja baru Ncik Bos Botak meminta aku mengeluarkan lukisan pembinaan dan 'method statement' kerja-kerja membaiki keretakan lantai tersebut. 

Ncik Bos Botak menggunakan istilah-istilah seperti backer rod, expansion joint and another thing v-groove line. memotong lantai tersebut dengan menggunakan v-groove cutting. 

aku masih blur. kembali ke tempat duduk, aku bertemu Shida. site supervisor kegemaran aku di Teamcoat. 

Aku : Shida, aku pening. 

Shida : apesal?

Aku : v-groove line tu macam mana?

sambil menunjukkan kertas nota yang Ncik Bos Botak lukis untuk aku. Shida ketawa. memang Shida lebih berpengalaman dari aku masa tu makan 2 tahun lebih. walaupun aku seorang jurutera; banyak juga ilmu dari dia. 

Shida : la, itu pun tak tau. senang je, ko ambil grinder yang crack sana, crack sini ko potong cantik-cantik bentuk V satu baris. sebab tu la nama dia v-groove line. yang macam bos ko lukis tu. lepas tu letak backer rod. lepas tu tampal. 

Aku : aku nak buat 'method statement' lah. 

Shida : yang tu aku tak tau. 

ujar Shida melawak sambil beredar meneruskan kerja. 

sekitar Ogos 2016, bengkel Lokman Construction

sekitar bulan Ogos yang lepas, Lokman mengambil upah bagi kerja-kerja memotong pokok kepala bagi Tenaga Nasional Berhad. lokasi memotong tersebut adalah di Jalan Persekutuan Assam Jawa - Kapar. 

kami dibekalkan oleh Mr Raju dua bilah mesin 'chain-saw'. Lokman dan Chok hanya ditugaskan untuk memotong pokok kelapa dengan bantuan 'skylift' untuk memegang. 

daun kelapa dan lain-lain sampah daun diuruskan oleh team Mr. Raju. 

masa tu nasib Lokman tak baik, terseliuh usai 10 pokok ditebang dan terpaksa pulang. tak boleh nak meneruskan kerja. 

disebabkan rasa hormat dengan Lokman, Mr Raju pun datang melawat bersama-sama Uncle; seorang pemegang bendera sewaktu operasi Traffic Management Control dijalankan. 

Lokman : ada okey ke uncle, saya potong pokok semalam?

Lokman bertanya berbahasa-basi. 

Uncle : you okey, tapi kawan you tu kasi tunjuk sikit ya. potong pokok kelapa mau senang you kena potong tembikai. 

aku yang mendengar perbualan dari tadi dah berkerut dahi. 

Aku : potong tembikai macam mana bang?

Uncle ketawa. 

Uncle : itu potong macam tembikai itu la amoi. kasi buat V sikit kat pokok. bila sudah bentuk V barulah senang nak potong. 

aku turut ketawa. setelah sekian lama baru aku teringat. V-groove Line cutting. 


Contoh Garisan Potongan V atau Potong Tembikai



sampai sini dulu. kbai.